Pada asasnya, kehidupan manusia dibahagikan dua iaitu:
1. Tempat beramal adalah kehidupan di dunia yang bersifat sementara
sahaja. Kehidupan di dunia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
menyiapkan sebagai persediaan untuk kehidupan yang kekal di akhirat
kelak. Setiap manusia telah ditetapkan tempoh masa hidup di dunia ini
dan semakin hari tempoh tersebut semakin singkat. Allah SWT berfirman
dalam al-Quran yang bermaksud,
“Dan ingatlah pada hari Allah SWT
mengumpulkan mereka. Mereka merasakan seolah-olah mereka tidak pernah
tinggal di dunia kecuali sesaat sahaja pada waktu siang tersebut mereka
saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan
pertemuan mereka dengan Allah SWT dan mereka tidak mendapat petunjuk.”
(Surah Yunus, ayat: 45)
2. Tempat pembalasan adalah hari akhirat, iaitu hari manusia
mendapatkan ganjaran daripada setiap amalan yang dilakukan di dunia.
Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Katakanlah, ‘Malaikat maut yang ditugaskan mencabut nyawa akan
mematikan kamu. Kemudian, hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan
(menerima balasan). Dan alangkah ngerinya, jika kamu melihat ketika
orang-rang yang berdosa menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya dan
berkata, ‘Ya Tuhan kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka
kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh.
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.’ "
(Surah as-Sajdah, ayat: 11 hingga 12)
A. PEMBAHAGIAN ALAM KEHIDUPAN
1. ALAM ROH
Alam roh merupakan alam ghaib yang tidak diketahui oleh manusia. Allah
SWT melengkapi setiap manusia dengan roh seperti yang dinyatakan dalam
maksud ayat di bawah ini.
“Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman
kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang
diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan
telah meniupkan ke dalamnya roh ciptaan-Ku, maka tunduklah kamu
kepada-Ku dengan bersujud.’ ”
(Surah al-Hijr, ayat: 28 hingga 29)
Hanya Allah SWT yang mengetahui tentang rahsia roh seperti bagaimana yang diterangkan dalam maksud ayat berikut.
“Dan mereka bertanya kepadamu wahai Nabi Muhammad SAW tentang roh.
Katakanlah, ‘Roh adalah urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan
pengetahuan melainkan sedikit sahaja!’ ”
(Surah al-Isra', ayat: 85)
2. ALAM RAHIM
Alam rahim merupakan alam terpenting sebelum manusia lahir ke dunia ini
seperti mana yang diterangkan laporkan dalam maksud ayat berikut.
“Kemudian Kami jadikan sari pati air mani yang disimpan dalam tempat
yang kukuh iaitu rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal
darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan
segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang
itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang
berbentuk lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun, ayat: 13 hingga 14)
3. ALAM DUNIA
Allah SWT menciptakan manusia daripada setitis air mani. Demikian juga,
Allah SWT menciptakan manusia daripada sperma yang bercantum dengan sel
telur. Selepas melalui beberapa tahap perkembangan, embrio tersebut
akhirnya akan menjadi bayi dan dilahirkan ke dunia. Bayi tersebut
berkembang menjadi kanak-kanak, selepas itu menjadi dewasa dan
menghasilkan keturunan semula dan akhirnya mati. Kitaran tersebut akan
berterusan sehingga ke destinasi sementara iaitu kematian seperti mana
yang dilaporkan dalam maksud ayat berikut.
“Sesungguhnya
kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu
beriman serta bertakwa, Allah SWT akan memberikan pahala kepadamu dan
Dia tidak akan meminta harta-hartamu.”
(Surah Muhammad, ayat: 36)
4. ALAM BARZAKH
Kehidupan selepas mati sehingga datangnya hari kiamat ada diterangkan oleh Allah SWT dalam ayat di bawah ini.
“Demikianlah keadaan orang-orang kafir. Apabila datang kematian kepada
seseorang dari mereka, dia berkata, ‘Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke
dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku
tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang
diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka, ada dinding sampai hari mereka
dibangkitkan.”
(Surah al-Mukminun, ayat: 99 hingga 100)
Amalan akan mula diPerhitungan amal bermula di alam barzakh seperti diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari
terjadinya Kiamat. Dikatakan kepada malaikat, ‘Masukkanlah Firaun dan
kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.’ "
(Surah al-Mukmin, ayat: 46)
Manakala orang-orang yang beramal soleh akan mendapatkan kemenangan seperti yang dilaporkan dalam ayat di bawah ini.
“Janganlah kamu menganggap bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah
SWT itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat
rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah SWT yang
diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergembira irang hati terhadap
orang-orang yang masih tinggal di belakangnya dan belum menyusul mereka,
bahawa tidak ada kerisauan khuatiran terhadap mereka dan tidak pula
mereka bersedih hati.”
(Surah Ali-Imran, ayat: 169 hingga 170)
5. ALAM AKHIRAT
Hari kiamat adalah hari berakhir bagi kehidupan di dunia. Sebahagian
orang bukan Islam menafikan kewujudan hari kiamat. Muslim Orang Islam
wajib beriman kepada hari kiamat. Kewujudan hari kiamat dapat dibuktikan
melalui fakta yang terdapat dalam al-Quran dan fenomena alam semesta.
Al-Quran menerangkan tentang hari kiamat secara terperinci. Secara
semulajadi, manusia mempercayai kehidupan selepas mati walaupun ia tidak
dapat dibuktikan secara saintifik.
Ramai juga yang menafikan
keterangan al-Quran tentang hari kiamat kerana tidak dapat dibuktikan
secara saintifik dan logik. Namun demikian, penjelasan al-Quran tentang
hari kiamat tidak dapat ditolak secara saintifik kerana teori-teori yang
terdapat dalam al-Quran tentang sains dapat terdibuktikan secara
saintifik dan sesuai tidak bercanggah dengan sains moden. Oleh itu,
teori tentang hari kiamat yang diterangkan dalam al-Quran tidak dapat
dinafikan secara saintifik. Firman Allah,
“Tidakkah kamu
perhatikan air mani yang kamu tumpahkan? Kamukah yang menciptakannya
atau Kami? Kami telah menentukan kematian bagi kamu dan Kami tidak dapat
dihalang untuk mengubahsuai sifat-sifat kamu dan mengubah kamu kepada
bentuk yang tidak kamu ketahui.”
(Surah al-Waqi’ah, ayat: 58 hingga 61)
Allah SWT telah menjadikan alam semesta. Sekiranya Allah SWT mampu
mewujudkan alam semesta, maka sudah pasti Dia juga mampu
menghancurkannya. Kehidupan akan berakhir secara keseluruhan pada hari
kiamat. Secara semulajadi, manusia mempercayai kehidupan selepas mati
walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
a. Tanda-tanda akan datang hari kiamat
Kehidupan di dunia ini akan berakhir apabila tiba hari kiamat. Antara tanda-tanda sebelum kedatangan hari kiamat ialah:
1. Penaklukan Baitul Maqdis
Sebelum kiamat tiba, maka Baitul Maqdis akan dikuasai semula oleh orang Islam seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Rauf bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Saya
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.’ Baginda berkata salah
satunya adalah penaklukan Baitul Maqdis.
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
2. Maksiat berlaku di merata tempat
Amalan maksiat dilakukan secara melampau bahkan mereka tidak segan
melakukan maksiat di khalayak ramai seperti bagaimana yang dilaporkan
dalam hadis berikut.
Anas bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara tanda hari kiamat adalah ilmu
diangkat, kejahilan meningkat, perzinaan melampau, semakin ramai orang
minum arak, lelaki sedikit dan perempuan lebih ramai bahkan 50 perempuan
hanya seorang lelaki.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
a. Ilmu diangkat dari dunia Orang-orang alim ramai yang meninggal
Keberkatan ilmu ditarik oleh Allah SWT dengan berkurangnya orang-orang
bijak pandai seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Tidak akan datang hari Kiamat sehingga Allah SWTmengambil orang-orang
yang baik dan pakar agama dari permukaan bumi ini, yang tinggal hanya
orang-orang yang hina dan orang-orang yang tidak mengetahui amalan baik
dan amalan buru.
(Dilaporkan daripada Ahmad)
b. Perbuatan jahat melampau
Manusia tidak berasa malu untuk melakukan maksiat seperti yang telah dilaporkan dalam hadis di bawah ini.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga maksiat dan kata-kata kesat
berlaku di merata tempat, memutuskan silaturahim dan bermusuhan dengan
jiran.
(Dilaporkan daripada Ahmad dan Hakim)
c. Pembunuhan di merata tempat
Setiap hari berlaku pembunuhan di merata dunia sehingga manusia hidup
dalam ketakutan seperti mana yang telah dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan
berlaku kiamat sehingga hajaj berlaku di merata tempat.” Sahabat
bertanya, “Apakah haraj wahai Rasulullah SAW?” Rasulullah SAW menjawab,
“Haraj adalah pembunuhan.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
d. Zina dilakukan secara terbuka merata tempat
Apabila zina dilakukan secara terbuka melampau di merata tempat, maka
kiamat akan segera tiba seperti bagaimana yang dinyatakan dalam hadis
berikut.
Hanya manusia yang jahat terseksa. Mereka berzina seperti keldai dan pada zaman inilah akan datang kiamat.
(Direkodkan dalam Sahih Muslim)
e. Fitnah melampau
Manusia saling fitnah-memfitnah untuk mendapatkan keuntungan yang
sementara di dunia ini seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan
berlaku hari kiamat sehingga fitnah melampau, penipuan semakin banyak
dan pasar semakin berdekatan.”
(Dilaporkan daripada Ahmad)
3. Perempuan memakai baju tetapi seperti berbogel
Perempuan mendedahkan aurat secara melampau. Mereka memakai pakaian
tetapi tidak menutup aurat seperti yang ditetapkan dalam Islam. Semakin
ramai perempuan yang memakai baju yang ketat dan nipis sehingga
mendedahkan aurat seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Di antara
tanda-tanda akan datang hari kiamat adalah apabila perempuan memakai
pakaian tetapi telanjang.”
4. Muzik di merata tempat
Manusia semakin leka dengan hiburan sehingga muzik terdapat di merata tempat seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Pada akhir zaman akan berlaku tanah runtuh, kerusuhan dan
pengubahsuaian muka. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, bilakah
perkara ini akan belaku?” Baginda menjawab, “Apabila muzik dan penyanyi
perempuan berleluasa maharajalela.”
(Dilaporkan daripada Ibnu Majah)
5. Orang Islam bermegah-megah dalam membina masjid
Kini, orang Islam Muslim berlumba-lumba untuk membina dan mencantikkan
masjid yang cantik-cantik tetapi tidak diceriakan amanahkan dengan
aktiviti masyarakat dan solat jemaah. Perkara ini sesuai dengan hadis
yang dilaporkan di bawah ini.
Di antara tanda-tanda kiamat semakin dekat adalah manusia berlumba-lumba dalam membina masjid.
(Dilaporkan daripada an-Nasa’i)
6. Salam hanya diucapkan kepada orang-orang yang dikenali sahaja
Salam semakin asing diucapkan oleh orang Islam kecuali hanya dalam
kalangan orang-orang yang dikenali sahaja. Perkara ini Ia dilaporkan
dalam hadis di bawah ini yang bermaksud,
Sesungguhnya di antara
tanda-tanda Kiamat akan tiba ialah manusia tidak mahu memberi salam
selain daripada orang yang dikenalinya.
(Dilaporkan daripada Tabrani)
7. Orang-orang hina dipuja
Orang-orang yang bodoh dan melakukan maksiat dipuji oleh masyarakat
awam kebanyakan manusia seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Di antara tanda-tanda kedatangan hari Kiamat semakin dekat adalah dunia
ditadbir oleh orang bodoh dan hina. Orang yang paling baik pada masa
tersebut adalah orang yang beriman dan ditemani oleh orang-orang yang
mulia.
(Dilaporkan daripada Thabrani)
8. Memberikan kesaksian palsu
Apabila dilakukan Penghakiman telah dicabuli oleh terhadap sesuatu kes,
maka ramai yang memberikan kesaksian palsu kerana dirasuah bayar
ataupun demi kepentingan lainnya. Oleh itu, penindasan berlaku di merata
tempat. Ia dilaporkan dalam hadis berikut.
Sesungguhnya sebelum datang hari Kiamat akan berlaku banyak kesaksian palsu dan kebenaran akan disembunyikan.
(Dilaporkan daripada Ahmad)
9. Pengembala menjadi kaya
Kerjaya pengembala kambing yang biasanya hanya cukup makan telah menjadi kaya raya seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Rasulullah SAW ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda Kiamat. Beliau
menjawab, “Seorang hamba melahirkan tuannya dan engkau melihat
orang-orang yang tidak memakai alas kaki, bogel dan miskin, pengembala
berlumba-lumba membina bangunan tinggi.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
10. Amanah diabaikan
Amanah tidak diendahkan Orang-orang pada masa tersebut tidak
mengendahkan amanah yang diberikan, sehingga banyak berlaku
penyalahgunaan amanah dan rasuah seperti mana yang dilaporkan dalam
hadis berikut.
Jabir melaporkan bahawa semasa Nabi Muhammad SAW
sedang bercakap dalam satu majlis, seorang Arab Badwi sampai dan
bertanya, “Bilakah kiamat akan berlaku?” Rasulullah SAW meneruskan
ucapannya. Sebahagian sahabat berkata, “Rasulullah SAW mendengar soalan
tersebut tetapi tidak menyukai soalan yang ditanyakan.” Sebahagian
sahabat mengatakan Rasulullah SAW tidak mendengar. Selepas Rasulullah
SAW menghabiskan ucapannya, beliau bertanya, “Ke mana yang bertanya
tadi?” Berkata lelaki Badwi tersebut, “Saya, wahai Rasulullah.”
Rasulullah SAW berkata, “Jika amanah diabaikan, maka tunggulah Kiamat.”
Beliau bertanya, “Bagaimana mengabaikan amanah?” Rasulullah SAW
menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah
kiamat.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
11. Riba melampau
Orang-orang Islam tidak lagi mempedulikan cara mendapatkan duit sama
ada halal ataupun haram. Muslim anusia tidak dapat melepaskan diri
daripada riba kerana hampir semua kehidupan manusia dipenuhi oleh riba.
Ia dilaporkan dalam ayat di bawah ini.
Abu Hurairah melaporkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan datang satu masa, semua akan makan
riba paling kurang pun akan makan saki-bakinya cebisan-cebisannya.”
(Dilaporkan daripada Abu Dawud, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Selain tanda-tanda di atas terdapat Manakala tanda-tanda lain apabila
kiamata semakinpaling dekat akan datang hari kiamat adalah seperti
dilaporkan dalam hadis berikut.
Huzaifah bin Asid al-Ghafiri
berkata, Rasulullah SAW datang kepada kami semasa kami sedang
berbincang. Beliau bertanya, “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami
menjawab, “Kami sedang membahas tentang hari Kiamat.” Nabi bersabda,
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu melihat sepuluh tanda.” Beliau
menyebutkan, Asap, Dajal, haiwan, matahari terbit dari sebelah
tenggelamnya, turun Isa bin Maryam dan Yakjuj dan Makjuj, tiga kali
gempa bumi (di timur, barat dan semenanjung Arab), yang terakhir api
keluar di negeri Yaman dan menghalang manusia ke padang Masyar.
(Direkodkan dalam Sahih Muslim)
1. Dajal
Dajal turun ke dunia dan mengajak manusia untuk mengikuti jalannya.
Kebanyakan manusia mengikuti jalan Dajal kerana taksub dengan kehebatan
yang ditunjukkan oleh Dajal seperti dilaporkan dalam hadis berikut.
Nabi SAW bersabda, “Dajal akan muncul di bahagian suatu tempat di timur
bernama Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti
perisai yang telah dipalu dengan tukul.”
(Dilaporkan daripada Tirmidzi)
2. Haiwan besar
Akan muncul sejenis haiwan yang besar dan memberikan tanda kepada orang
beriman dan orang kafir seperti yang dilaporkan dalam hadis di bawah
ini.
Haiwan yang wujud sebagai tanda akan datang hari kiamat dan
membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa. Kemudian memberi
tanda di muka orang mukmin dengan menggunakan tongkat dan memberi tanda
pada muka orang kafir dengan menggunakan cincin tersebut sehingga semua
tetamu berkumpul dan mengucapkan, “Hai orang mukmin” dan yang lain
mengucapkan, “Hai orang kafir.”
(Dilaporkan daripada Ahmad Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
3. Matahari terbit di aripada sebelah barat
Apabila matahari terbit dari sebelah barat, maka kiamat sudah semakin dekat. Ia dilaporkan dalam hadis di bawah ini.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kiamat
tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari sebelah barat. Manusia
akan menyaksikannya, sesiapa yang ada pada masa tersebut akan percaya
tetapi masa tersebut tidak ada guna iman seseorang yang belum beriman
sebelumnya.”
(Direkodkan dalam Sahih Muslim)
4. Nabi Isa turun ke bumi
Nabi Isa akan turun ke dunia untuk mengajar semula ajaran Nabi Muhammad SAW. Ia dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi zat yang
jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sangat dekat tiba kiamat apabila Nabi
Isa putera Maryam turun dalam kalangan kamu yang menjadi seorang hakim
yang adil...”
5. Orang Islam memerangi Yahudi
Orang Islam akan memerangi orang Yahudi seperti . Ia dinyatakan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan
berlaku kiamat sehingga orang Islam memerangi kaum Yahudi dan Yahudi
bersembunyi di belakang batu dan pokok, kemudian batu dan pokok berkata,
‘Hai orang Islam, orang Yahudi ada di belakang saya. Ke marilah, dan
bunuhlah ia, kecuali pokok Gahrqad.’ Sesungguhnya pokok tersebut adalah
pokok Yahudi dan ia melindungi Yahudi.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj
Yakjuj dan Makjuj akan keluar ke dunia ini seperti dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT
telah membuka tirai dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar ini sambil
melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari.”
(Muttafaq Alaihi)
b. Gambaran Hari Kiamat
Kedaan hari kiamat diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Apabila matahari dilingkari cahaya dan lenyap. Dan bintang-bintang
gugur bertaburan. Dan gunung-ganang menjadi debu berterbangan ke
angkasa. Dan unta-unta yang bunting terbiar. Dan haiwan-haiwan liar
dihimpunkan. Dan lautan meluap-luap bercampur baur. Dan tiap-tiap diri
disatukan dengan pasangannya. Dan anak-anak perempuan yang ditanam
hidup-hidup ditanya, ‘Atas sebab apakah mereka dibunuh?’ Dan apabila
catatan amal dibentangkan, dan langit dicabut daripada tempatnya. Dan
neraka dinyalakan dan syurga didekatkan, maka fahamlah amalan yang telah
dikerjakannya.’ ”
(Surah at-Takwir, ayat: 1 hingga 14)
Ayat di atas menerangkan tentang kedaan pada hari kiamat, pada hari
tersebut semua manusia hanya memikirkan diri senidiri. Bahkan ibu-ibu
yang sedang menyusui akan mecampakkan lupakan anaknya mereka semata-mata
kerana ingin menyelamatkan dirinya. Allah berfirman dalam ayat di bawah
ini yang bermaksud, Allah,
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah
kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat cukup dahsyat. Pada
hari tersebut, kamu melihat peristiwa mengerikan, ibu yang menyusukan
anak melupakan anak yang disusukan dan perempuan yang mengandung akan
menggugurkan kandungannya dan engkau akan melihat manusia mabuk. Padahal
mereka tidak mabuk, azab Allah SWT cukup mengerikan.”
(Surah al-Hajj, ayat: 1 hingga 2)
c. Manusia dibangkitkan semula
Allah SWT akan membangkitkan manusia yang telah mati, amalan mereka di
dunia ini akan akan untuk dihisab amalan mereka. Orang-orang yang
beriman kepada hari akhirat akan berusaha melakukan kebajikan dan
menyeru manusia kepada jalan kebenaran. Jika semua manusia mempercayai
hari kebangkitan, maka semua manusia akan melakukan amalan kebaikan
semata-mata. Firman Allah SWT,
“Pembalasan orang-orang yang
berbuat jahat sesuai dengan kejahatan yang mereka lakukan dan membalas
orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.”
(Surah an-Najm, ayat: 31)
Allah SWT menciptakan jin dan manusia supaya mengabdikan diri kepada
diri-Nya Allah. Allah SWT akan melipatgandakan balasan bagi orang-orang
yang melakukan amalan kebaikan manakala orang-orang yang melakukan
kejahatan hanya akan dibalas setimpal dengan kadar amalan tersebut. Ini
membuktikan Allah SWT sangat mengasihi dan menyayangi hamba-hamba-Nya.
Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Allah SWT,
“Patutkah kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu tidak ada
sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka tidak akan
dikembalikan kepada Kami.”
(Surah al-Mukminun, ayat: 115)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya hari keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan, iaitu
hari ditiup sangkakala lalu kamu datang berkumpulan-kumpulan.”
(Surah an-Naba’, ayat: 17 hingga 18)
d. Hari penghisaban amalan manusia
Pada hari tersebut akan dibentangkan semua amalan manusia. Ia dinyatakan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dan diletakkan buku catatan amalan, maka kamu akan melihat orang-orang
yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tercatat di dalamnya, dan
mereka berkata, ‘Aduhai celaka kami, buku apakah ini tidak meninggalkan
perkara kecil dan besar, melainkan mencatat semuanya.’ Dan mereka
mendapati apa yang telah mereka kerjakan ada tercatat didalamnya. Dan
Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun."
(Surah al-Kahfi, ayat: 49)
Setiap amalan manusia akan dinilai seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat. Maka tidak
ada seorang pun dirugikan walaupun sedikit. Dan jika amalan seberat biji
sawi pun pasti Kami datangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai
Pembuat perhitungan.”
(Surah al-Anbiya, ayat: 7)
Setiap
amalan sama ada baik atau buruk akan dihisab oleh Allah SWT. Sesiapa
yang melakukan amalan kebaikan semasa di dunia, akan dibalas dengan
syurga dan sesiapa yang melakukan amalan kejahatan, akan dibalas dengan
neraka. Ia sejajar dengan maksud ayat di bawah ini.
“Barang siapa
berat timbangan kebaikannya, maka mereka adalah orang-orang yang
bertuah. Dan barang siapa ringan timbangannya, maka mereka adalah
orang-orang yang merugikan dirinya sendiri. Mereka kekal di dalam neraka
Jahanam.
(Surah al-Mukminun, ayat: 102 hingga 103)
Selepas
melepasi penghisaban tersebut, maka semua akan melalui titian sirat
terlebih dahulu sebelum tiba di syurga. Perjalanan tersebut Ia dapat
digambarkan melalui maksud ayat di bawah ini.
“Dan tidak ada
seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. Perkara ini
adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami
akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang
yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.”
(Surah Maryam, ayat 71 hingga 72)
e. Kehidupan dalam syurga dan neraka
Orang-orang yang beriman kepada hari akhirat akan melakukan kebajikan
dengan harapan mendapat balasan syurga. Manakala orang-orang yang tidak
beriman kepada hari akhirat akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
kesenangan dunia yang sementara. Firman Allah SWT,
“Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan hari akhirat, sia-sialah
perbuatan mereka. Mereka tidak diberikan balasan melainkan apa yang
mereka kerjakan.”
(Surah al-A’raf, ayat: 147)
Orang-orang
yang beriman kepada hari akhirat tidak akan rugi sungguhpun ekiranya
hari akhirat tidak wujud. Mereka Sedangkan orang-orang yang beriman
kepada hari akhirat akan tetap beruntung jika hari akhirat tidak wujud.
Kebaikan yang dilakukan akan memberikan manfaat kepada orang lain.
Manakala orang yang tidak beriman dengan hari kiamat pula akan rugi jika
hari kiamat betul-betul wujud kerana mereka akan diseksa di dalam
neraka. Firman Allah SWT,
“Dan tidaklah kehidupan dunia melainkan
senda gurau dan main-main. Sesungguhnya akhirat kehidupan yang sebenar
adalah akhirat jika mereka mengetahui.”
(Surah al-Ankabut, ayat: 64)
Umat Islam haruslah menjadikan kehidupan akhirat sebagai matlamat yang
sebenar. Kehidupan dunia perlu digunakan dengan baik hanya untuk
mencapai kehidupan akhirat yang kekal. Mereka tidak dilalaikan oleh
kemewahan dunia, mereka mengawal kemewahan dunia untuk meraih keredaan
Allah SWT.
Kehidupan dalam Syurga
Allah SWT akan memberikan
syurga kepada orang-orang yang melakukan amalan kebaikan seperti . Ia
telah diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Sampaikanlah
berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi
mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.
Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu. Mereka
mengatakan, ‘Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.’ Mereka
diberi buah-buahan yang serupa dan isteri-isteri yang suci dan mereka
kekal di dalamnya.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 25)
Dalam maksud ayat yang lain, diterangkan tentang kenikmatan dalam syurga seperti berikut.
“Sifat syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa seperti
air sungai sentiasa mengalir di sekitar taman; makanan kekal, tidak
habis-habis.”
(Surah al-Ra'ad, ayat: 35)
Ayat di atas
menerangkan tentang keadaan bahawa kehidupan penghuni syurga yang
diberikan penghormatan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Mereka kekal di
dalamnya dan mendapat kenikmatan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Kehidupan dalam syurga melebihi kehidupan raja dan permaisuri di dalam
istana.
Kehidupan dalam Neraka
Orang-orang yang tidak
beriman dan melakukan amalan kejahatan pula akan dicampakkan ke dalam
neraka seperti yang digambarkan dalam maksud ayat di bawah.
“Tidak! Sesungguhnya orang-orang kafir akan dicampakkan ke dalam
"al-Hutamah". Bagaimana engkau mengetahui al-Hutamah itu? Ia adalah api
yang dinyalakan dan menjulang ke hati.”
(Surah al-Humazah, ayat: 4 hingga 7)
Keadaan dalam neraka digambarkan lebih jelas dalam maksud ayat di bawah.
“Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak,
serta naungan daripada asap hitam yang panas tidak sejuk dan tidak
memberi kesenangan.”
(Surah al-Waaqi’ah, ayat: 42 hingga 44)
Seksa dalam neraka digambarkan dalam maksud ayat di bawah.
“Maka orang-orang kafir akan diberikan pakaian daripada api neraka,
serta dicurahkan air panas yang menggelegak ke atas kepala mereka
sehingga menghancurkan isi perut dan kulit mereka. Dan disediakan batang
besi untuk menyeksa mereka. Setiap kali mereka mahu keluar daripada
neraka kerana azab, mereka dikembalikan padanya, serta diserukan,
‘Rasakanlah azab seksa yang membakar!’ ”
(Surah al-Haj, ayat: 19 hingga 22)
PERBINCANGAN Soalan Lazim
1. Betulkah terdapat kehidupan selepas mati?
a. Semua rasul menyampaikan tentang kehidupan selepas mati
Rasul-rasul telah membawa bukti-bukti kerasulannya sehingga mereka
diterima oleh kaumnya. Jadi setiap berita yang disampaikan adalah benar
termasuk juga tentang kehidupan seelpas mati. Rasul-rasul telah
menyampaikan berita tentang kehidupan selepas mati dan balasan terhadap
amal yang dilakukan di dunia yang akan diperolehi mengikut kadar amalan
masing-masing iaitu syurga atau neraka.
b. Kebenaran setiap berita yang disampaikan oleh al-Quran
Setiap kandungan al-Quran terbukti kebenarannya, baik perkara lampau
dan sedang berlaku ataupun ramalan di masa yang akan datang. Oleh itu,
setiap berita yang disampaikan di dalam al-Quran tentang kehidupan akan
datang akan terbukti, termasuk juga berita tentang kehidupan selepas
mati.
c. Manusia mencintai keadilan
Setiap manusia dilengkapi
dengan perasaan mencintai keadilan dan membenci kezaliman. Perasaan
tersebut diberikan oleh Allah pencipta manusia. Jika manusia mempunyai
perasaan tersebut, maka Allah pencipta manusia mempunyai perasaan yang
lebih hebat tentang keadilan. Allah SWT berfirman,
“Dan Kami
tidak menciptakan langit dan bumi serta isi yang ada di antara keduanya
tanpa hikmah. Yang demikian adalah anggapan orang-orang kafir. Maka
celakalah orang-orang kafir kerana mereka akan masuk neraka. Patutkah
Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh
sama dengan orang-orang yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah
Kami menganggap orang-orang yang bertakwa sama dengan orang-orang yang
berbuat maksiat?”
(Surah Saad, ayat: 27 hingga 28)
d. Kewujudan roh sebagai perkara ghaib
Roh adalah perkara yang paling sukar difahami dalam bidang sains dan
falsafah kerana roh tidak dapat diterokai oleh minda manusia. Setiap
manusia dilengkapi oleh roh seperti mana yang diceritakan dalam maksud
ayat di bawah ini.
“Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad
tentang roh. Katakanlah, ‘Roh adalah urusan Tuhanku dan kamu tidak
diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja!’ ”
(Surah al-Isra', ayat: 85)
Roh merupakan titipan Allah SWT pada manusia untuk sementara. Apabila
telah tiba masanya, roh tersebut akan diambil semula. Firman Allah SWT,
“Alangkah baik semasa roh hampir sampai kepada kerongkong dan kamu berada di sisi menyaksikan keadaannya.”
(Surah al-Waqiah, ayat: 83 hingga 84)
e. Dialog di antara Nabi Ibrahim dengan Allah SWT diterangkan seperti bagaimana dalam maksud ayat di bawah ini.
“Ingatlah ketika Ibrahim berkata, ‘Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku
bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.’ Allah SWT berfirman, ‘Belum
yakinkah kamu?’ Ibrahim menjawab, ‘Aku telah meyakininya tetapi supaya
hatiku kekal dengan imanku.’ Allah SWT berfirman, ‘Ambillah empat ekor
burung, lalu cingcanglah semuanya olehmu. Lalu letakkan di atas
tiap-tiap satu bukit, satu bahagian dari bahagian-bahagian tersebut.
Kemudian panggil mereka, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan
segera…’ ”
(Surah al-Baqarah, ayat: 260)
Ayat di atas
menunjukkan kebangkitan semula manusia yang telah mati kepada Nabi
Ibrahim seperti Allah bagaimana beliau menghidupkan burung-burung
tersebut dengan izin Allah SWT.
2. Kenapa Allah SWT menjadikan syurga dan neraka?
a. Ujian untuk mendapatkan hamba-Nya yang terbaik Allah SWT menjadikan
syurga dan neraka untuk menguji manusia. Allah SWT mengetahui
pengakhiran daripada kehidupan manusia tetapi manusia tidak mengetahui
jalan kehidupannya. Allah memberikan kebebasan kepada manusia untuk
memilih jalan kebaikan ataupun kejahatan. Oleh itu, Manusia perlu
berusaha untuk melakukan kebaikan supaya mendapatkan ganjaran syurga.
b. Pemangkain untuk manusia melakukan kebaikan
Allah SWT memberikan akal kepada manusia untuk mengenali kebaikan dan
keburukan. Sesiapa yang memiih kebaikan akan mendapat ganjaran syurga
dan sesiapa yang memilih keburukan akan mendapat ganjaran neraka.
Ganjaran syurga dan neraka telah akan mendorong manusia yang mulanya
banyak untuk melakukan kebaikan silapan untuk memperbaiki diri bagi
supaya mendapatkan syurga ganjaran yang terbaik di akhirat kelak.
c. Allah berlaku adil
Ganjaran syurga kepada orang yang berbuat baik dan neraka kepada orang
yang berbuat jahat adalah keadilan yang diberikan oleh Allah kepada
hamba-Nya. Jika tidak ada balasan selepas mati maka kejahatan akan
berlaku di merata tempat. Oleh itu Allah akan memberikan ganjaran syurga
kepada orang-orang yang melakukan kebaikan sebagai keadilan atas
amalannya.
Analogi
Cikgu mengadakan peperiksaan akhir tahun
untuk melihat pelajar terbaik, walaupun cikgu telah mengenal pasti
pelajar yang rajin dan bijak di dalam kelas. Peperiksaan akan mendorong
semua pelajar untuk menunjukkan kebolehan masing-masing mencapai
kejayaan. Pelajar yang rajin mengulangkaji membuat persiapan untuk
menghadapi peperiksaan akan mendapatkan keputusan yang cemerlang
meskipun di dalam kelas dia adalah pelajar tercorot tersebut kurang
menyerlah. Saguhati atau anugerah yang diberikan oleh cikgu telah
mendorong pelajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
d. Manusia
dilengkapi oleh minda untuk berfikir dan membuat pilihan mana yang
terbaik untuk dirinya. Manusia diberikan peluang untuk menggunakan akal
dalam mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Jika manusia ingin memasuki
syurga maka mereka perlu melakukan amalan untuk mendapatkan tiket untuk
masuk syurga. Adapun tiket untuk mendapatkan syurga adalah mengamalkan
perintah Allah dan meninggalkan Sebaliknya, sekiranya mereka ingin
memasuki neraka, mereka mengabaikan sahaja perintah dan larangan Allah
SWT.
e. Syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut manusia tetapi
keputusan tetap di tangan manusia. Ia dilaporkan dalam maksud ayat di
bawah ini.
“Dan berkatalah syaitan tatkala hisab telah selesai,
‘Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan
aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku mengingkarinya yalahinya.
Sekali-kali Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar
menyeru kamu dan kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu, janganlah kamu
mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak
dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku.
Sesungguhnya aku tidak membenarkan kamu mempersekutukan aku dengan Allah
SWT sejak dahulu.’ Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat
seksaan yang pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat: 22)
Ayat di atas
menerangkan bahawa syaitan hanya mampu menghasut manusia sedangkan
keputusan terletak pada manusia sendiri. Oleh sebab itu, setiap
keputusan yang diambil perlu difikirkan kesan terhadap dirinya sendiri.
f. Allah SWT tidak akan menzalimi manusia walaupun sedikit. Setiap
amalan yang dilakukan akan mendapatkan balasan yang setimpal seperti
yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Sesungguhnya
Allah SWT tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah. Dan jika
ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah SWT akan melipat gandakannya
dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.”
(Surah an-Nisak, ayat: 40)
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT akan menilai setiap amalan manusia walau sebesar atom sekalipun.
Kesimpulan
Beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu rukun iman. Kewujudan
hari akhirat telah diterangkan dalam al-Quran dengan pelbagai
bukti-bukti yang nyata. Orang-orang yang beriman kepada hari kiamat akan
mendapatkan erima pendorong motivasi untuk sentiasa melakukan kebaikan.