+44(0) 1234 567 890 info@domainname.com

Selasa, 09 Desember 2014

Beriman Kepada Hari Kiamat

10.56

Share it Please

Pada asasnya, kehidupan manusia dibahagikan dua iaitu:
1. Tempat beramal adalah kehidupan di dunia yang bersifat sementara sahaja. Kehidupan di dunia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan sebagai persediaan untuk kehidupan yang kekal di akhirat kelak. Setiap manusia telah ditetapkan tempoh masa hidup di dunia ini dan semakin hari tempoh tersebut semakin singkat. Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud,
“Dan ingatlah pada hari Allah SWT mengumpulkan mereka. Mereka merasakan seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di dunia kecuali sesaat sahaja pada waktu siang tersebut mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah SWT dan mereka tidak mendapat petunjuk.”
(Surah Yunus, ayat: 45)
2. Tempat pembalasan adalah hari akhirat, iaitu hari manusia mendapatkan ganjaran daripada setiap amalan yang dilakukan di dunia. Allah SWT berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Katakanlah, ‘Malaikat maut yang ditugaskan mencabut nyawa akan mematikan kamu. Kemudian, hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan (menerima balasan). Dan alangkah ngerinya, jika kamu melihat ketika orang-rang yang berdosa menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya dan berkata, ‘Ya Tuhan kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.’ "
(Surah as-Sajdah, ayat: 11 hingga 12)
A. PEMBAHAGIAN ALAM KEHIDUPAN
1. ALAM ROH
Alam roh merupakan alam ghaib yang tidak diketahui oleh manusia. Allah SWT melengkapi setiap manusia dengan roh seperti yang dinyatakan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan telah meniupkan ke dalamnya roh ciptaan-Ku, maka tunduklah kamu kepada-Ku dengan bersujud.’ ”
(Surah al-Hijr, ayat: 28 hingga 29)
Hanya Allah SWT yang mengetahui tentang rahsia roh seperti bagaimana yang diterangkan dalam maksud ayat berikut.
“Dan mereka bertanya kepadamu wahai Nabi Muhammad SAW tentang roh. Katakanlah, ‘Roh adalah urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja!’ ”
(Surah al-Isra', ayat: 85)
2. ALAM RAHIM
Alam rahim merupakan alam terpenting sebelum manusia lahir ke dunia ini seperti mana yang diterangkan laporkan dalam maksud ayat berikut.
“Kemudian Kami jadikan sari pati air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun, ayat: 13 hingga 14)
3. ALAM DUNIA
Allah SWT menciptakan manusia daripada setitis air mani. Demikian juga, Allah SWT menciptakan manusia daripada sperma yang bercantum dengan sel telur. Selepas melalui beberapa tahap perkembangan, embrio tersebut akhirnya akan menjadi bayi dan dilahirkan ke dunia. Bayi tersebut berkembang menjadi kanak-kanak, selepas itu menjadi dewasa dan menghasilkan keturunan semula dan akhirnya mati. Kitaran tersebut akan berterusan sehingga ke destinasi sementara iaitu kematian seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat berikut.
“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah SWT akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.”
(Surah Muhammad, ayat: 36)
4. ALAM BARZAKH
Kehidupan selepas mati sehingga datangnya hari kiamat ada diterangkan oleh Allah SWT dalam ayat di bawah ini.
“Demikianlah keadaan orang-orang kafir. Apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, ‘Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka, ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan.”
(Surah al-Mukminun, ayat: 99 hingga 100)
Amalan akan mula diPerhitungan amal bermula di alam barzakh seperti diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. Dikatakan kepada malaikat, ‘Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.’ "
(Surah al-Mukmin, ayat: 46)
Manakala orang-orang yang beramal soleh akan mendapatkan kemenangan seperti yang dilaporkan dalam ayat di bawah ini.
“Janganlah kamu menganggap bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah SWT itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah SWT yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergembira irang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakangnya dan belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kerisauan khuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”
(Surah Ali-Imran, ayat: 169 hingga 170)
5. ALAM AKHIRAT
Hari kiamat adalah hari berakhir bagi kehidupan di dunia. Sebahagian orang bukan Islam menafikan kewujudan hari kiamat. Muslim Orang Islam wajib beriman kepada hari kiamat. Kewujudan hari kiamat dapat dibuktikan melalui fakta yang terdapat dalam al-Quran dan fenomena alam semesta. Al-Quran menerangkan tentang hari kiamat secara terperinci. Secara semulajadi, manusia mempercayai kehidupan selepas mati walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
Ramai juga yang menafikan keterangan al-Quran tentang hari kiamat kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan logik. Namun demikian, penjelasan al-Quran tentang hari kiamat tidak dapat ditolak secara saintifik kerana teori-teori yang terdapat dalam al-Quran tentang sains dapat terdibuktikan secara saintifik dan sesuai tidak bercanggah dengan sains moden. Oleh itu, teori tentang hari kiamat yang diterangkan dalam al-Quran tidak dapat dinafikan secara saintifik. Firman Allah,
“Tidakkah kamu perhatikan air mani yang kamu tumpahkan? Kamukah yang menciptakannya atau Kami? Kami telah menentukan kematian bagi kamu dan Kami tidak dapat dihalang untuk mengubahsuai sifat-sifat kamu dan mengubah kamu kepada bentuk yang tidak kamu ketahui.”
(Surah al-Waqi’ah, ayat: 58 hingga 61)
Allah SWT telah menjadikan alam semesta. Sekiranya Allah SWT mampu mewujudkan alam semesta, maka sudah pasti Dia juga mampu menghancurkannya. Kehidupan akan berakhir secara keseluruhan pada hari kiamat. Secara semulajadi, manusia mempercayai kehidupan selepas mati walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
a. Tanda-tanda akan datang hari kiamat
Kehidupan di dunia ini akan berakhir apabila tiba hari kiamat. Antara tanda-tanda sebelum kedatangan hari kiamat ialah:
1. Penaklukan Baitul Maqdis
Sebelum kiamat tiba, maka Baitul Maqdis akan dikuasai semula oleh orang Islam seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Rauf bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Saya menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.’ Baginda berkata salah satunya adalah penaklukan Baitul Maqdis.
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
2. Maksiat berlaku di merata tempat
Amalan maksiat dilakukan secara melampau bahkan mereka tidak segan melakukan maksiat di khalayak ramai seperti bagaimana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Anas bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara tanda hari kiamat adalah ilmu diangkat, kejahilan meningkat, perzinaan melampau, semakin ramai orang minum arak, lelaki sedikit dan perempuan lebih ramai bahkan 50 perempuan hanya seorang lelaki.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
a. Ilmu diangkat dari dunia Orang-orang alim ramai yang meninggal
Keberkatan ilmu ditarik oleh Allah SWT dengan berkurangnya orang-orang bijak pandai seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Tidak akan datang hari Kiamat sehingga Allah SWTmengambil orang-orang yang baik dan pakar agama dari permukaan bumi ini, yang tinggal hanya orang-orang yang hina dan orang-orang yang tidak mengetahui amalan baik dan amalan buru.
(Dilaporkan daripada Ahmad)
b. Perbuatan jahat melampau
Manusia tidak berasa malu untuk melakukan maksiat seperti yang telah dilaporkan dalam hadis di bawah ini.
Tidak akan datang hari kiamat sehingga maksiat dan kata-kata kesat berlaku di merata tempat, memutuskan silaturahim dan bermusuhan dengan jiran.
(Dilaporkan daripada Ahmad dan Hakim)
c. Pembunuhan di merata tempat
Setiap hari berlaku pembunuhan di merata dunia sehingga manusia hidup dalam ketakutan seperti mana yang telah dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan berlaku kiamat sehingga hajaj berlaku di merata tempat.” Sahabat bertanya, “Apakah haraj wahai Rasulullah SAW?” Rasulullah SAW menjawab, “Haraj adalah pembunuhan.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
d. Zina dilakukan secara terbuka merata tempat
Apabila zina dilakukan secara terbuka melampau di merata tempat, maka kiamat akan segera tiba seperti bagaimana yang dinyatakan dalam hadis berikut.
Hanya manusia yang jahat terseksa. Mereka berzina seperti keldai dan pada zaman inilah akan datang kiamat.
(Direkodkan dalam Sahih Muslim)
e. Fitnah melampau
Manusia saling fitnah-memfitnah untuk mendapatkan keuntungan yang sementara di dunia ini seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga fitnah melampau, penipuan semakin banyak dan pasar semakin berdekatan.”
(Dilaporkan daripada Ahmad)
3. Perempuan memakai baju tetapi seperti berbogel
Perempuan mendedahkan aurat secara melampau. Mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat seperti yang ditetapkan dalam Islam. Semakin ramai perempuan yang memakai baju yang ketat dan nipis sehingga mendedahkan aurat seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Di antara tanda-tanda akan datang hari kiamat adalah apabila perempuan memakai pakaian tetapi telanjang.”
4. Muzik di merata tempat
Manusia semakin leka dengan hiburan sehingga muzik terdapat di merata tempat seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Pada akhir zaman akan berlaku tanah runtuh, kerusuhan dan pengubahsuaian muka. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, bilakah perkara ini akan belaku?” Baginda menjawab, “Apabila muzik dan penyanyi perempuan berleluasa maharajalela.”
(Dilaporkan daripada Ibnu Majah)
5. Orang Islam bermegah-megah dalam membina masjid
Kini, orang Islam Muslim berlumba-lumba untuk membina dan mencantikkan masjid yang cantik-cantik tetapi tidak diceriakan amanahkan dengan aktiviti masyarakat dan solat jemaah. Perkara ini sesuai dengan hadis yang dilaporkan di bawah ini.
Di antara tanda-tanda kiamat semakin dekat adalah manusia berlumba-lumba dalam membina masjid.
(Dilaporkan daripada an-Nasa’i)
6. Salam hanya diucapkan kepada orang-orang yang dikenali sahaja
Salam semakin asing diucapkan oleh orang Islam kecuali hanya dalam kalangan orang-orang yang dikenali sahaja. Perkara ini Ia dilaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud,
Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat akan tiba ialah manusia tidak mahu memberi salam selain daripada orang yang dikenalinya.
(Dilaporkan daripada Tabrani)
7. Orang-orang hina dipuja
Orang-orang yang bodoh dan melakukan maksiat dipuji oleh masyarakat awam kebanyakan manusia seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Di antara tanda-tanda kedatangan hari Kiamat semakin dekat adalah dunia ditadbir oleh orang bodoh dan hina. Orang yang paling baik pada masa tersebut adalah orang yang beriman dan ditemani oleh orang-orang yang mulia.
(Dilaporkan daripada Thabrani)
8. Memberikan kesaksian palsu
Apabila dilakukan Penghakiman telah dicabuli oleh terhadap sesuatu kes, maka ramai yang memberikan kesaksian palsu kerana dirasuah bayar ataupun demi kepentingan lainnya. Oleh itu, penindasan berlaku di merata tempat. Ia dilaporkan dalam hadis berikut.
Sesungguhnya sebelum datang hari Kiamat akan berlaku banyak kesaksian palsu dan kebenaran akan disembunyikan.
(Dilaporkan daripada Ahmad)
9. Pengembala menjadi kaya
Kerjaya pengembala kambing yang biasanya hanya cukup makan telah menjadi kaya raya seperti yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Rasulullah SAW ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda Kiamat. Beliau menjawab, “Seorang hamba melahirkan tuannya dan engkau melihat orang-orang yang tidak memakai alas kaki, bogel dan miskin, pengembala berlumba-lumba membina bangunan tinggi.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
10. Amanah diabaikan
Amanah tidak diendahkan Orang-orang pada masa tersebut tidak mengendahkan amanah yang diberikan, sehingga banyak berlaku penyalahgunaan amanah dan rasuah seperti mana yang dilaporkan dalam hadis berikut.
Jabir melaporkan bahawa semasa Nabi Muhammad SAW sedang bercakap dalam satu majlis, seorang Arab Badwi sampai dan bertanya, “Bilakah kiamat akan berlaku?” Rasulullah SAW meneruskan ucapannya. Sebahagian sahabat berkata, “Rasulullah SAW mendengar soalan tersebut tetapi tidak menyukai soalan yang ditanyakan.” Sebahagian sahabat mengatakan Rasulullah SAW tidak mendengar. Selepas Rasulullah SAW menghabiskan ucapannya, beliau bertanya, “Ke mana yang bertanya tadi?” Berkata lelaki Badwi tersebut, “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW berkata, “Jika amanah diabaikan, maka tunggulah Kiamat.” Beliau bertanya, “Bagaimana mengabaikan amanah?” Rasulullah SAW menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari)
11. Riba melampau
Orang-orang Islam tidak lagi mempedulikan cara mendapatkan duit sama ada halal ataupun haram. Muslim anusia tidak dapat melepaskan diri daripada riba kerana hampir semua kehidupan manusia dipenuhi oleh riba. Ia dilaporkan dalam ayat di bawah ini.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan datang satu masa, semua akan makan riba paling kurang pun akan makan saki-bakinya cebisan-cebisannya.”
(Dilaporkan daripada Abu Dawud, Ibnu Majah dan Baihaqi)
Selain tanda-tanda di atas terdapat Manakala tanda-tanda lain apabila kiamata semakinpaling dekat akan datang hari kiamat adalah seperti dilaporkan dalam hadis berikut.
Huzaifah bin Asid al-Ghafiri berkata, Rasulullah SAW datang kepada kami semasa kami sedang berbincang. Beliau bertanya, “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab, “Kami sedang membahas tentang hari Kiamat.” Nabi bersabda, “Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu melihat sepuluh tanda.” Beliau menyebutkan, Asap, Dajal, haiwan, matahari terbit dari sebelah tenggelamnya, turun Isa bin Maryam dan Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi (di timur, barat dan semenanjung Arab), yang terakhir api keluar di negeri Yaman dan menghalang manusia ke padang Masyar.
(Direkodkan dalam Sahih Muslim)
1. Dajal
Dajal turun ke dunia dan mengajak manusia untuk mengikuti jalannya. Kebanyakan manusia mengikuti jalan Dajal kerana taksub dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh Dajal seperti dilaporkan dalam hadis berikut.
Nabi SAW bersabda, “Dajal akan muncul di bahagian suatu tempat di timur bernama Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah dipalu dengan tukul.”
(Dilaporkan daripada Tirmidzi)
2. Haiwan besar
Akan muncul sejenis haiwan yang besar dan memberikan tanda kepada orang beriman dan orang kafir seperti yang dilaporkan dalam hadis di bawah ini.
Haiwan yang wujud sebagai tanda akan datang hari kiamat dan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa. Kemudian memberi tanda di muka orang mukmin dengan menggunakan tongkat dan memberi tanda pada muka orang kafir dengan menggunakan cincin tersebut sehingga semua tetamu berkumpul dan mengucapkan, “Hai orang mukmin” dan yang lain mengucapkan, “Hai orang kafir.”
(Dilaporkan daripada Ahmad Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
3. Matahari terbit di aripada sebelah barat
Apabila matahari terbit dari sebelah barat, maka kiamat sudah semakin dekat. Ia dilaporkan dalam hadis di bawah ini.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari sebelah barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa yang ada pada masa tersebut akan percaya tetapi masa tersebut tidak ada guna iman seseorang yang belum beriman sebelumnya.”
(Direkodkan dalam Sahih Muslim)
4. Nabi Isa turun ke bumi
Nabi Isa akan turun ke dunia untuk mengajar semula ajaran Nabi Muhammad SAW. Ia dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi zat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sangat dekat tiba kiamat apabila Nabi Isa putera Maryam turun dalam kalangan kamu yang menjadi seorang hakim yang adil...”
5. Orang Islam memerangi Yahudi
Orang Islam akan memerangi orang Yahudi seperti . Ia dinyatakan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan berlaku kiamat sehingga orang Islam memerangi kaum Yahudi dan Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok, kemudian batu dan pokok berkata, ‘Hai orang Islam, orang Yahudi ada di belakang saya. Ke marilah, dan bunuhlah ia, kecuali pokok Gahrqad.’ Sesungguhnya pokok tersebut adalah pokok Yahudi dan ia melindungi Yahudi.”
(Direkodkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj
Yakjuj dan Makjuj akan keluar ke dunia ini seperti dilaporkan dalam hadis berikut.
Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT telah membuka tirai dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar ini sambil melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari.”
(Muttafaq Alaihi)
b. Gambaran Hari Kiamat
Kedaan hari kiamat diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud,
“Apabila matahari dilingkari cahaya dan lenyap. Dan bintang-bintang gugur bertaburan. Dan gunung-ganang menjadi debu berterbangan ke angkasa. Dan unta-unta yang bunting terbiar. Dan haiwan-haiwan liar dihimpunkan. Dan lautan meluap-luap bercampur baur. Dan tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya. Dan anak-anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, ‘Atas sebab apakah mereka dibunuh?’ Dan apabila catatan amal dibentangkan, dan langit dicabut daripada tempatnya. Dan neraka dinyalakan dan syurga didekatkan, maka fahamlah amalan yang telah dikerjakannya.’ ”
(Surah at-Takwir, ayat: 1 hingga 14)
Ayat di atas menerangkan tentang kedaan pada hari kiamat, pada hari tersebut semua manusia hanya memikirkan diri senidiri. Bahkan ibu-ibu yang sedang menyusui akan mecampakkan lupakan anaknya mereka semata-mata kerana ingin menyelamatkan dirinya. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Allah,
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat cukup dahsyat. Pada hari tersebut, kamu melihat peristiwa mengerikan, ibu yang menyusukan anak melupakan anak yang disusukan dan perempuan yang mengandung akan menggugurkan kandungannya dan engkau akan melihat manusia mabuk. Padahal mereka tidak mabuk, azab Allah SWT cukup mengerikan.”
(Surah al-Hajj, ayat: 1 hingga 2)
c. Manusia dibangkitkan semula
Allah SWT akan membangkitkan manusia yang telah mati, amalan mereka di dunia ini akan akan untuk dihisab amalan mereka. Orang-orang yang beriman kepada hari akhirat akan berusaha melakukan kebajikan dan menyeru manusia kepada jalan kebenaran. Jika semua manusia mempercayai hari kebangkitan, maka semua manusia akan melakukan amalan kebaikan semata-mata. Firman Allah SWT,
“Pembalasan orang-orang yang berbuat jahat sesuai dengan kejahatan yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.”
(Surah an-Najm, ayat: 31)
Allah SWT menciptakan jin dan manusia supaya mengabdikan diri kepada diri-Nya Allah. Allah SWT akan melipatgandakan balasan bagi orang-orang yang melakukan amalan kebaikan manakala orang-orang yang melakukan kejahatan hanya akan dibalas setimpal dengan kadar amalan tersebut. Ini membuktikan Allah SWT sangat mengasihi dan menyayangi hamba-hamba-Nya. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Allah SWT,
“Patutkah kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu tidak ada sebarang hikmah pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka tidak akan dikembalikan kepada Kami.”
(Surah al-Mukminun, ayat: 115)
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya hari keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan, iaitu hari ditiup sangkakala lalu kamu datang berkumpulan-kumpulan.”
(Surah an-Naba’, ayat: 17 hingga 18)
d. Hari penghisaban amalan manusia
Pada hari tersebut akan dibentangkan semua amalan manusia. Ia dinyatakan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dan diletakkan buku catatan amalan, maka kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tercatat di dalamnya, dan mereka berkata, ‘Aduhai celaka kami, buku apakah ini tidak meninggalkan perkara kecil dan besar, melainkan mencatat semuanya.’ Dan mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan ada tercatat didalamnya. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun."
(Surah al-Kahfi, ayat: 49)
Setiap amalan manusia akan dinilai seperti mana yang dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat. Maka tidak ada seorang pun dirugikan walaupun sedikit. Dan jika amalan seberat biji sawi pun pasti Kami datangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.”
(Surah al-Anbiya, ayat: 7)
Setiap amalan sama ada baik atau buruk akan dihisab oleh Allah SWT. Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan semasa di dunia, akan dibalas dengan syurga dan sesiapa yang melakukan amalan kejahatan, akan dibalas dengan neraka. Ia sejajar dengan maksud ayat di bawah ini.
“Barang siapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka adalah orang-orang yang bertuah. Dan barang siapa ringan timbangannya, maka mereka adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri. Mereka kekal di dalam neraka Jahanam.
(Surah al-Mukminun, ayat: 102 hingga 103)
Selepas melepasi penghisaban tersebut, maka semua akan melalui titian sirat terlebih dahulu sebelum tiba di syurga. Perjalanan tersebut Ia dapat digambarkan melalui maksud ayat di bawah ini.
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. Perkara ini adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.”
(Surah Maryam, ayat 71 hingga 72)
e. Kehidupan dalam syurga dan neraka
Orang-orang yang beriman kepada hari akhirat akan melakukan kebajikan dengan harapan mendapat balasan syurga. Manakala orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kesenangan dunia yang sementara. Firman Allah SWT,
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan hari akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberikan balasan melainkan apa yang mereka kerjakan.”
(Surah al-A’raf, ayat: 147)
Orang-orang yang beriman kepada hari akhirat tidak akan rugi sungguhpun ekiranya hari akhirat tidak wujud. Mereka Sedangkan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat akan tetap beruntung jika hari akhirat tidak wujud. Kebaikan yang dilakukan akan memberikan manfaat kepada orang lain. Manakala orang yang tidak beriman dengan hari kiamat pula akan rugi jika hari kiamat betul-betul wujud kerana mereka akan diseksa di dalam neraka. Firman Allah SWT,
“Dan tidaklah kehidupan dunia melainkan senda gurau dan main-main. Sesungguhnya akhirat kehidupan yang sebenar adalah akhirat jika mereka mengetahui.”
(Surah al-Ankabut, ayat: 64)
Umat Islam haruslah menjadikan kehidupan akhirat sebagai matlamat yang sebenar. Kehidupan dunia perlu digunakan dengan baik hanya untuk mencapai kehidupan akhirat yang kekal. Mereka tidak dilalaikan oleh kemewahan dunia, mereka mengawal kemewahan dunia untuk meraih keredaan Allah SWT.
Kehidupan dalam Syurga
Allah SWT akan memberikan syurga kepada orang-orang yang melakukan amalan kebaikan seperti . Ia telah diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu. Mereka mengatakan, ‘Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.’ Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 25)
Dalam maksud ayat yang lain, diterangkan tentang kenikmatan dalam syurga seperti berikut.
“Sifat syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa seperti air sungai sentiasa mengalir di sekitar taman; makanan kekal, tidak habis-habis.”
(Surah al-Ra'ad, ayat: 35)
Ayat di atas menerangkan tentang keadaan bahawa kehidupan penghuni syurga yang diberikan penghormatan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Mereka kekal di dalamnya dan mendapat kenikmatan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Kehidupan dalam syurga melebihi kehidupan raja dan permaisuri di dalam istana.
Kehidupan dalam Neraka
Orang-orang yang tidak beriman dan melakukan amalan kejahatan pula akan dicampakkan ke dalam neraka seperti yang digambarkan dalam maksud ayat di bawah.
“Tidak! Sesungguhnya orang-orang kafir akan dicampakkan ke dalam "al-Hutamah". Bagaimana engkau mengetahui al-Hutamah itu? Ia adalah api yang dinyalakan dan menjulang ke hati.”
(Surah al-Humazah, ayat: 4 hingga 7)
Keadaan dalam neraka digambarkan lebih jelas dalam maksud ayat di bawah.
“Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak, serta naungan daripada asap hitam yang panas tidak sejuk dan tidak memberi kesenangan.”
(Surah al-Waaqi’ah, ayat: 42 hingga 44)
Seksa dalam neraka digambarkan dalam maksud ayat di bawah.
“Maka orang-orang kafir akan diberikan pakaian daripada api neraka, serta dicurahkan air panas yang menggelegak ke atas kepala mereka sehingga menghancurkan isi perut dan kulit mereka. Dan disediakan batang besi untuk menyeksa mereka. Setiap kali mereka mahu keluar daripada neraka kerana azab, mereka dikembalikan padanya, serta diserukan, ‘Rasakanlah azab seksa yang membakar!’ ”
(Surah al-Haj, ayat: 19 hingga 22)

PERBINCANGAN Soalan Lazim
1. Betulkah terdapat kehidupan selepas mati?
a. Semua rasul menyampaikan tentang kehidupan selepas mati
Rasul-rasul telah membawa bukti-bukti kerasulannya sehingga mereka diterima oleh kaumnya. Jadi setiap berita yang disampaikan adalah benar termasuk juga tentang kehidupan seelpas mati. Rasul-rasul telah menyampaikan berita tentang kehidupan selepas mati dan balasan terhadap amal yang dilakukan di dunia yang akan diperolehi mengikut kadar amalan masing-masing iaitu syurga atau neraka.
b. Kebenaran setiap berita yang disampaikan oleh al-Quran
Setiap kandungan al-Quran terbukti kebenarannya, baik perkara lampau dan sedang berlaku ataupun ramalan di masa yang akan datang. Oleh itu, setiap berita yang disampaikan di dalam al-Quran tentang kehidupan akan datang akan terbukti, termasuk juga berita tentang kehidupan selepas mati.
c. Manusia mencintai keadilan
Setiap manusia dilengkapi dengan perasaan mencintai keadilan dan membenci kezaliman. Perasaan tersebut diberikan oleh Allah pencipta manusia. Jika manusia mempunyai perasaan tersebut, maka Allah pencipta manusia mempunyai perasaan yang lebih hebat tentang keadilan. Allah SWT berfirman,
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi serta isi yang ada di antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian adalah anggapan orang-orang kafir. Maka celakalah orang-orang kafir kerana mereka akan masuk neraka. Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah Kami menganggap orang-orang yang bertakwa sama dengan orang-orang yang berbuat maksiat?”
(Surah Saad, ayat: 27 hingga 28)
d. Kewujudan roh sebagai perkara ghaib
Roh adalah perkara yang paling sukar difahami dalam bidang sains dan falsafah kerana roh tidak dapat diterokai oleh minda manusia. Setiap manusia dilengkapi oleh roh seperti mana yang diceritakan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah, ‘Roh adalah urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja!’ ”
(Surah al-Isra', ayat: 85)
Roh merupakan titipan Allah SWT pada manusia untuk sementara. Apabila telah tiba masanya, roh tersebut akan diambil semula. Firman Allah SWT,
“Alangkah baik semasa roh hampir sampai kepada kerongkong dan kamu berada di sisi menyaksikan keadaannya.”
(Surah al-Waqiah, ayat: 83 hingga 84)
e. Dialog di antara Nabi Ibrahim dengan Allah SWT diterangkan seperti bagaimana dalam maksud ayat di bawah ini.
“Ingatlah ketika Ibrahim berkata, ‘Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.’ Allah SWT berfirman, ‘Belum yakinkah kamu?’ Ibrahim menjawab, ‘Aku telah meyakininya tetapi supaya hatiku kekal dengan imanku.’ Allah SWT berfirman, ‘Ambillah empat ekor burung, lalu cingcanglah semuanya olehmu. Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit, satu bahagian dari bahagian-bahagian tersebut. Kemudian panggil mereka, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan segera…’ ”
(Surah al-Baqarah, ayat: 260)
Ayat di atas menunjukkan kebangkitan semula manusia yang telah mati kepada Nabi Ibrahim seperti Allah bagaimana beliau menghidupkan burung-burung tersebut dengan izin Allah SWT.
2. Kenapa Allah SWT menjadikan syurga dan neraka?
a. Ujian untuk mendapatkan hamba-Nya yang terbaik Allah SWT menjadikan syurga dan neraka untuk menguji manusia. Allah SWT mengetahui pengakhiran daripada kehidupan manusia tetapi manusia tidak mengetahui jalan kehidupannya. Allah memberikan kebebasan kepada manusia untuk memilih jalan kebaikan ataupun kejahatan. Oleh itu, Manusia perlu berusaha untuk melakukan kebaikan supaya mendapatkan ganjaran syurga.
b. Pemangkain untuk manusia melakukan kebaikan
Allah SWT memberikan akal kepada manusia untuk mengenali kebaikan dan keburukan. Sesiapa yang memiih kebaikan akan mendapat ganjaran syurga dan sesiapa yang memilih keburukan akan mendapat ganjaran neraka. Ganjaran syurga dan neraka telah akan mendorong manusia yang mulanya banyak untuk melakukan kebaikan silapan untuk memperbaiki diri bagi supaya mendapatkan syurga ganjaran yang terbaik di akhirat kelak.
c. Allah berlaku adil
Ganjaran syurga kepada orang yang berbuat baik dan neraka kepada orang yang berbuat jahat adalah keadilan yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Jika tidak ada balasan selepas mati maka kejahatan akan berlaku di merata tempat. Oleh itu Allah akan memberikan ganjaran syurga kepada orang-orang yang melakukan kebaikan sebagai keadilan atas amalannya.
Analogi
Cikgu mengadakan peperiksaan akhir tahun untuk melihat pelajar terbaik, walaupun cikgu telah mengenal pasti pelajar yang rajin dan bijak di dalam kelas. Peperiksaan akan mendorong semua pelajar untuk menunjukkan kebolehan masing-masing mencapai kejayaan. Pelajar yang rajin mengulangkaji membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akan mendapatkan keputusan yang cemerlang meskipun di dalam kelas dia adalah pelajar tercorot tersebut kurang menyerlah. Saguhati atau anugerah yang diberikan oleh cikgu telah mendorong pelajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
d. Manusia dilengkapi oleh minda untuk berfikir dan membuat pilihan mana yang terbaik untuk dirinya. Manusia diberikan peluang untuk menggunakan akal dalam mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Jika manusia ingin memasuki syurga maka mereka perlu melakukan amalan untuk mendapatkan tiket untuk masuk syurga. Adapun tiket untuk mendapatkan syurga adalah mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan Sebaliknya, sekiranya mereka ingin memasuki neraka, mereka mengabaikan sahaja perintah dan larangan Allah SWT.
e. Syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut manusia tetapi keputusan tetap di tangan manusia. Ia dilaporkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Dan berkatalah syaitan tatkala hisab telah selesai, ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku mengingkarinya yalahinya. Sekali-kali Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar menyeru kamu dan kamu mematuhi seruanku. Oleh sebab itu, janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan kamu mempersekutukan aku dengan Allah SWT sejak dahulu.’ Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat: 22)
Ayat di atas menerangkan bahawa syaitan hanya mampu menghasut manusia sedangkan keputusan terletak pada manusia sendiri. Oleh sebab itu, setiap keputusan yang diambil perlu difikirkan kesan terhadap dirinya sendiri.
f. Allah SWT tidak akan menzalimi manusia walaupun sedikit. Setiap amalan yang dilakukan akan mendapatkan balasan yang setimpal seperti yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“Sesungguhnya Allah SWT tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah. Dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah SWT akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.”
(Surah an-Nisak, ayat: 40)
Ayat di atas menerangkan bahawa Allah SWT akan menilai setiap amalan manusia walau sebesar atom sekalipun.
Kesimpulan
Beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu rukun iman. Kewujudan hari akhirat telah diterangkan dalam al-Quran dengan pelbagai bukti-bukti yang nyata. Orang-orang yang beriman kepada hari kiamat akan mendapatkan erima pendorong motivasi untuk sentiasa melakukan kebaikan.

0 komentar:

Posting Komentar